suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Dipercayai Bunuh Anak Sebelum Bunuh Diri

KOTA SAMARAHAN: Dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun dipercayai dibunuh oleh ibu mereka di Kampung Baru di sini pada Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata ibu berkenaan  yang berusia 37 tahun didapati menggantung diri di dalam tandas di rumah tersebut.

Beliau berkata pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai penemuan dua kanak-kanak tersebut dalam keadaan mencurigakan kira-kira 7.55 malam.

"Polis menjumpai dua kanak-kanak tersebut di bilik tidur dengan yang berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala yang berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kritikal.

"Dia dibawa ke Hospital Jantung, Kota Samarahan sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi pagi Rabu.

Lee berkata di dalam bilik tidur itu turut ditemukan sejenis cecair peluntur yang disyaki diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata setakat ini kes tersebut disiasat sebagai mati mengejut.

Artikel Lain