suria

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Yang Berkualiti Jadi Keutamaan - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak
PUTRAJAYA: Penyediaan pembangunan awal kanak-kanak,  penjagaan dan pendidikan pra rendah yang berkualiti sentiasa menjadi keutamaan  Kerajaan Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata beliau percaya bahawa pembangunan sesebuah negara dan rakyatnya bermula dengan pembangunan dan pendidikan awal kanak-kanak.

"Tiada apa yang lebih penting daripada anak-anak kita? Mereka adalah masa depan negara kita. Mereka adalah sumber paling berharga bagi negara," katanya dalam ucapan alu-aluan pada majlis makan malam sempena Forum Dasar Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Rantau Asia Pasifik (ECCE) 2016.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Najib berkata, ketika Malaysia berjaya mengorak langkah ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, Malaysia menaruh harapan  untuk benar-benar menjadi negara maju dengan tahap tinggi kesejahteraan masyarakat apabila rakyat boleh menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran.

"Inilah masa depan yang kita mahukan untuk anak-anak kita," kata beliau.

Najib berkata, untuk mencapainya, rakyat Malaysia telah menerapkan amalan inovatif melalui prinsip seperti Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang berimpak tinggi, kos rendah dan pelaksanaan yang cepat.

"Penggubal strategi kita didorong oleh kreativiti dan Inovasi - dengan membina semula sempadan konvensional yang dilaksanakan dalam organisasi awam dan swasta.

"Pelan yang unik dan dinamik telah menggabungkan bersama kementerian, agensi, dan semua peringkat kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil," katanya.

Perdana Menteri berkata, inisiatif ini meliputi isu ekonomi dan sosial, termasuk pembangunan luar bandar dan bandar, keselamatan dan kesejahteraan, penglibatan belia, memperkasakan wanita, keusahawanan dan sudah tentu - pendidikan awal kanak-kanak.

Sebanyak 1,000 peserta dari 39 negara Asia Pasifik menghadiri forum selama tiga hari itu bermula hari ini dengan agenda untuk memperkasasakan tunjang bagi pelaksanaan dasar ECCE di rantau Asia Pasifik.

Bertemakan "The Transformative Power of Early Childhood: Innovations for Inclusivity and Quality", forum itu dijangka mengumumkan Deklarasi Putrajaya pada Khamis Thursday.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain