suria

Polis Trafik Cedera Semasa Eskot Presiden Makaf

MIRI: Seorang polis trafik yang ditugaskan untuk temasya Sukma ke-18 di sini cedera dilanggar Toyota Avanza di simpang lampu isyarat Jalan Merbau Miri pukul 5 petang Selasa.

Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata, Lans Koperal Mohd Nur Iman Ngarif, 24, dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kunak, Sabah hanya mendapat cedera ringan dengan mendapat jahitan di mulut, pinggang dan cedera di kepala setelah dirawat di Hospital Miri.

"Ketika kejadian dia sedang eskot presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) Tan Sri Mohd Ali Rustam," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, sebelum kejadian berlaku mangsa datang dari Jalan Sylvia telah berhenti di tengah kawasan lampu isyarat Jalan Merbau untuk memberhentikan kenderaan supaya memberi laluan dengan memasang siren dan lampu.

Beliau berkata, tiba-tiba kenderaan MPV itu dari arah Jalan Merbau gagal mematuhi arahan berhenti lalu melanggar motosikal mangsa menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain