suria

Peniaga Pasar Malam Didenda RM15,000 Cari Pelanggan Pelacur

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga pasar malam didenda RM15,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Isnin atas pertuduhan mencari pelanggan bagi tujuan pelacuran.

Hakim Datin M. Kunasundary menjatuhkan hukuman itu terhadap Mok Chwan Pin, 31, selepas tertuduh mengaku bersalah mencari langganan bagi maksud persundalan di Mermaid Massage, No.113-2, Jalan Mega Mendung, Kompleks Bandar, Off Jalan Klang Lama, Brickfields di sini pada 9.20 malam, 23 Mac lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, atau denda atau kedua-duanya. 
Mok, yang diwakili peguam Luqman Hakim Azhar, merayu hukuman denda minimum dengan alasan dia terdesak melakukan kesalahan itu kerana kesempitan wang.

Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawawi Mohd Radzi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat mengambil kira kesalahan yang dilakukan itu adalah serius kerana membabitkan aktiviti pelacuran yang semakin berleluasa di negara ini.

"Walaupun ini bukan kes pemerdagangan tetapi ia melibatkan mangsa terdiri daripada warga asing iaitu Vietnam dan Indonesia, mohon hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat," katanya.
Mok Chwan Pin, pelacur

Artikel Berikut

Artikel Lain