suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Parti Baharu: PAS Ambil Pendekatan Tunggu Dan Lihat

Ahmad Yakob.

KOTA BARU: PAS mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung penubuhan parti baharu yang akan diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata parti itu menghormati tindakan Dr Mahathir menubuhkan parti baharu, namun masih terlalu awal untuknya membuat sebarang keputusan bagi menjalin hubungan dengan parti itu.

"Bagi saya mana-mana parti pun boleh ditubuhkan di Malaysia sebab kita mengamalkan dasar demokrasi berparlimen. Beliau (Dr Mahathir) merasakan ada kekuatan (untuk tubuh parti baharu), apa salahnya.

"PAS ambil pendekatan tunggu dan lihat dasar, hala tuju dan perjuangan parti baharu itu (sebelum membuat keputusan lanjut)," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri di perkarangan Jameiah al-Asriah, Jalan Tengku Petra Semerak di sini, Isnin.

Khamis lepas, Dr Mahathir mengumumkan satu pakatan pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Amanah akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Bagaimanapun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pakatan baharu itu sebagai sebuah bahtera yang kelam kabut kerana hanya berhasrat mahu menumbangkan kerajaan sedia ada. - BERNAMA

PAS, Dr Mahathir Mohamad, Ahmad Yakob

Artikel Lain