suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CCTV Dipasang Kesan Penduduk Buang Sampah Merata-Rata

BUTTERWORTH: Beberapa kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang di kawasan flat Taman Teluk Indah, Perai di sini bagi mengesan penduduk yang membuang sampah di merata-rata.  

Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) David Marshel berkata CCTV itu akan dipasang dalam tempoh terdekat.   

"Ini bukan masalah baru sebaliknya masalah sampah di merata-rata di sekitar kawasan dua buah flat di taman itu telah lama berlaku dan pihak pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai juga beberapa kali turun padang untuk menyelesaikannya.    

"Tetapi sehingga hari ini penduduk di sini masih degil dan enggan memberikan kerjasama dengan membuang sampah ke dalam tong yang telah disediakan di setiap tingkat dan kawasan sepatutnya," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.  

Katanya menerusi rakaman CCTV, MPSP boleh mengenakan kompoun ke atas penduduk di situ yang masih degil membuang sampah merata-rata dan tindakan lebih tegas akan dikenakan mereka jika terus berbuat demikian.  -Bernama

CCTV, Flat Taman Teluk Indah

Artikel Sebelum

Artikel Lain