suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Kutuk Cubaan Rampasan Kuasa Di Turki

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengutuk cubaan rampasan kuasa oleh tentera di Turki dan menegaskan bahawa demokrasi sesebuah negara dan kehendak rakyat perlu sentiasa diutamakan.

"Saya mengutuk cubaan rampasan kuasa di Turki dan menyebabkan pertumpahan darah. Demokrasi dan kehendak rakyat, mesti sentiasa diutamakan," katanya di akaun rasmi Twitter @NajibRazak pada Sabtu.

Terdahulu, Najib meminta rakyat Malaysia yang kini terkandas di Turki berikutan cubaan rampasan kuasa itu supaya bertenang dan menjaga keselamatan.

Beliau juga menggesa rakyat Malaysia di bandar-bandar yang terjejas supaya berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Ankara untuk sebarang bantuan.

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara memaklumkan terdapat kira-kira 260 orang rakyat Malaysia di Turki, termasuk 180 orang pelajar, dan semuanya dilaporkan selamat.

Media antarabangsa melaporkan bahawa angka kematian dalam percubaan rampasan kuasa telah meningkat 90 orang, dengan 1,154 cedera, dan sejumlah 1,563 pegawai tentera telah ditahan di seluruh Turki. - Bernama

Artikel Lain