suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Malaysia Cedera Di Nice Hubungi Keluarga

PETALING JAYA: Pelajar Malaysia yang mengalami kecederaan ketika kejadian serangan di Nice telah menghubungi keluarganya di Malaysia.

Esmond Chuah,22, menghubungi ibunya pada pukul 5 petang Jumaat selepas meminjam telefon daripada jururawat di hospital yang merawatnya.

Bapanya, Chuah Tze Leng berkata,  segala kebimbangan terhadap anaknya hilang selepas berhubung.

"Esmond telah memberitahu isteri saya bahawa dia 'okay'. Dia boleh menggerakkan kakinya, namun bahagian belakangnya retak.

"Kami sangat risau. Namun sekarang sudah lega sedikit dan kami bersedia untuk melawatnya di Nice," jelasnya yang bekerja sebagai pengurus di sebuah bank di Pulau Pinang.

Esmond antara 12 orang pelajar dari Universiti Teknologi dan Rekabentuk Singapura (SUTD) yang sedang mengikuti program musim panas di Nice selama tiga minggu.

Pada pukul 4 petang Jumaat, Tze Leng memuat naik status di laman Facebook miliknya merayu untuk mendapatkan maklumat mengenai anaknya.

Esmond Chuah, Chuah Tze Leng

Artikel Berikut

Artikel Lain