suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Turki, Presiden Erdogen Masih Berkuasa - Kedutaan



KUALA LUMPUR: Kedutaan Turki di Malaysia pada Sabtu mengulangi bahawa kerajaan Presiden Recep Tayyip Erdogan masih berkuasa, dan menafikan cubaan rampasan kuasa di negara itu berjaya dilaksanakan.

Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, kedutaan itu turut menafikan pembabitan keseluruhan Angkatan Tentera Turki dalam cubaan rampasan kuasa itu, bermatlamat menggulingkan kerajaan Turki yang dipilih secara demokrasi.

"Presiden dan Kerajaan kami masih berkuasa. Angkatan Tentera Turki tidak terbabit dalam cubaan rampasan kuasa ini secara keseluruhannya.

"Ia dikendalikan oleh kuncu-kuncu dalam kalangan Angkatan Tentera dan mendapat respons yang selayaknya daripada negara kami," menurut kedutaan itu.

Menurut laporan, kenyataan tentera yang disiarkan media Turki pada Jumaat menyebut angkatan tentera merampas kuasa sepenuhnya di negara berkenaan, bagaimanapun Presiden Erdogan berkata pada awal Sabtu bahawa cubaan rampasan kuasa itu telahpun gagal, dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi.

Erdogan menyalahkan cubaan rampasan kuasa yang sedang berjalan itu ke atas pergerakan yang diketuai cendekiawan Islam Turki Fethullah Gulen yang kini tinggal di Pennsylvania, Amerika Syarikat, menurut laporan itu.

Turki, Istanbul, Rampasan Kuasa

Artikel Lain