suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Minta Rakyat Malaysia Di Turki Bertenang, Jaga Keselamatan Diri

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia yang terkandas di Turki, berikutan cubaan rampasan kuasa tentera di negara itu, supaya sentiasa bertenang dan menjaga keselamatan diri.

Perdana menteri turut menggesa rakyat Malaysia di Turki supaya sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Ankara untuk bantuan selanjutnya.

"Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapi keadaan di Turki. Kedutaan Malaysia di Ankara boleh membantu jika anda memerlukan bantuan atau ada pertanyaan.

"Mereka boleh dihubungi di talian +(90)3124463547 atau +(90)3124463548," kata Najib menerusi mesej Facebook dan Twitter beliau Sabtu.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata 27 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul manakala lebih 100 lagi berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboa di Ankara, Turki.

Menurut laporan, kenyataan tentera yang disiarkan media Turki pada Jumaat menyebut angkatan tentera merampas kuasa sepenuhnya di negara berkenaan, bagaimanapun Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata pada awal Sabtu bahawa cubaan rampasan kuasa itu telahpun gagal, dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi.

Erdogan menyalahkan cubaan rampasan kuasa yang sedang berjalan itu ke atas pergerakan yang diketuai cendekiawan Islam Turki Fethullah Gulen yang kini tinggal di Pennsylvania, Amerika Syarikat, menurut laporan media antarabangsa.

Artikel Lain