suria

Kereta Bawa Rokok Seludup Terbakar Di Pusat Pemeriksaan Sempadan

JOHOR BAHRU: Rancangan tiga rakyat Singapura untuk membawa masuk rokok seludup ke negara mereka tidak berjaya apabila kereta yang dinaiki tiba-tiba terbakar di pusat pemeriksaan di pintu masuk sempadan di sini.

Alat penggera kebakaran telah berbunyi di Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar di sini, sebelum berlakunya penemuan tersebut.

Ketika kejadian pada pukul 11.45 malam Selasa, kereta terbabit baru sahaja melepasi pusat pemeriksaan Imigresen apabila bahagian depannya terbakar.

Menurut sumber, penggera keselamatan kemudiannya terus berbunyi dan pegawai Imigresen bergegas untuk memadamkan api.


"Tidak lama selepas api berjaya dipadamkan kira-kira pukul 12.30 pagi, anggota keselamatan menemui ruang rahsia di bahagian hadapan kereta," menurut sumber.

Di dalamnya adalah jumlah rokok yang tidak didedahkan, untuk diseludup ke Singapura, tambah sumber berkenaan.

"Ketiga-tiga orang, dalam lingkungan usia 30-an termasuk seorang wanita, telah diserahkan kepada Jabatan Kastam atas dakwaan melakukan aktiviti penyeludupan," kata sumber itu.

Menurut pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, rokok boleh terbakar akibat haba daripada enjin.

Pemeriksaan dengan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menunjukkan bahawa setiap bulan, terdapat banyak cubaan penyeludupan di Woodlands dan Tuas.

Pegawai ICA pada bulan lepas menahan kenderaan dan merampas rokok bernilai hampir RM1.5 juta di Pusat Pemeriksaan Tuas.

"Mereka cuba menyeludup rokok melalui ruang rahsia pada motosikal, kereta, bas atau lori," kata seorang pegawai.

seludup rokok, kereta terbakar

Artikel Lain