suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Nafi Dakwaan Arahan Tembak Mati 179 Individu

Datuk Amar Singh
KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan terdapat arahan 'tembak mati' dikeluarkan terhadap 179 individu seperti yang tersebar di aplikasi mesej WhatsApp.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh dalam satu kenyataan berkata, rakaman suara yang kini telah menjadi viral itu juga menghasut semua ahli kongsi gelap untuk berkumpul di Bukit Aman pada pukul 2 petang, Jumaat ini.

Beliau berkata rakaman itu adalah palsu dan tidak berasas.

“Tuduhan seperti itu berbentuk hasutan yang boleh membawa kepada insiden perkauman.

“Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti dalang yang mengeluarkan kenyataan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Amar berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada individu yang menyebarkan maklumat terbabit mengikut Akta Hasutan 1948.

Artikel Berikut

Dua Lagi Kuil Dirosakkan

Artikel Lain