suria

Kadar Faedah Ke Atas Pinjaman Perumahan Mungkin Akan Diturunkan

- Gambar hiasan
PETALING JAYA: Kadar faedah ke atas pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh sesetengah bank mungkin akan diselaraskan kepada kadar lebih rendah dalam beberapa minggu akan datang seiring penurunan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.

Penganalisis berkata, bank-bank di Malaysia dijangka menyemak semula kadar asas (BR), yang merupakan kadar pinjaman penanda aras, untuk mencerminkan OPR baharu yang telah dikurangkan kepada tiga peratus pada Rabu, dari 3.25 peratus sebelum ini.

Sekurang-kurangnya seorang penganalisis berkata beberapa bank mungkin tidak akan melakukannya.

"Potongan OPR jelas menghantar isyarat kepada bank-bank untuk mengurangkan kadar pinjaman mereka," kata seorang penganalisis perbankan kepada The Star.

"Tetapi kerana bank bebas untuk menetapkan BR mereka, tidak semua akan mengurangkan kadar mereka dengan segera.

"Beberapa bank yang sudah menawarkan kadar yang rendah akan merasa sukar untuk memotong BR mereka, manakala bank yang mempunyai BR lebih tinggi lebih mampu untuk mengurangkan kadar pinjaman mereka."


BR yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan dan luar negara pada masa ini adalah pada kadar 3.20 peratus kepada 4.15 peratus.

Penganalisis berkata bank-bank mungkin akan mengumumkan BR baharu mereka dalam tempoh dua minggu akan datang.

Pada Rabu, Bank Negara Bank Negara Malaysia (BNM) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) menurunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.

Dalam satu kenyataan, BNM berkata pada masa yang sama, kadar tertinggi dan terendah bagi koridor OPR juga dikurangkan, masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Pelarasan terhadap OPR bertujuan memastikan tahap akomodatif monetari kekal konsisten dengan pendirian dasar bagi memastikan ekonomi dalam negeri terus berada pada landasan pertumbuhan yang mampan dalam keadaan inflasi yang stabil, disokong oleh pengantaraan kewangan yang kukuh dalam ekonomi.

Kali terakhir bank pusat membuat pelarasan OPR pada Julai 2014 dengan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus.

Artikel Sebelum

Dua Lagi Kuil Dirosakkan

Artikel Lain