suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr Mahathir, Parti Baharu Bakal Bentuk Pakatan Pembangkang

Sidang media Dr Mahathir bersama pimpinan parti pembangkang. -NORAFIFI EHSAN/The Star

PUTRAJAYA: Satu gabungan pakatan pembangkang baharu yang terdiri daripada sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Amanah akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi antara pemimpin pengasas parti baharu dan gabungan itu.

Pada sidang media selepas mesyuarat tiga jam dengan pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan Amanah pada Khamis, Dr Mahathir berkata beliau dan tiga pihak berkenaan bersetuju untuk tidak menentang antara satu sama lain.

"Kami telah bersetuju mengenai hal ini kerana mahu bekerjasama ke arah satu matlamat yang sama iaitu perubahan kerajaan untuk Malaysia," katanya.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Dr Mahathir Mohamad