suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Orang Ramai Gempar Van Terbakar Di Jalan Tuanku Abdul Rahman

Sebuah van terbakar di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada pagi Selasa.

KUALA LUMPUR: Orang ramai di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini gempar apabila sebuah van terbakar di bahu jalan pada pagi Selasa.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran van jenis Toyota itu pada pukul 8.52 pagi sebelum tiba di lokasi lapan minit kemudian.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran sebuah van di tepi jalan.

"Sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba Hang Tuah berjaya mengawal dan memadam api sepenuhnya pada 9.10 pagi.

"Pemeriksaan mendapati tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran yang merosakkan 90 peratus kenderaan tersebut," katanya.

Jalan Tuanku Abdul Rahman

Artikel Lain