suria

Ujian Allah Tak Mengenal Siapa - Anak TPM

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Itulah situasi yang sedang dialami anak sulung kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah.

Nurulhidayah, 38, telah berdepan ujian demi ujian sebelum ini apabila beliau teruk dikritik dan dikecam lantaran kelantangannya bersuara dan menyuarakan pandangannya di media sosial terhadap isu tertentu, khususnya mengenai situasi politik tanahair.

Namun, tanggal 1 Jun 2016, telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam buat diri dan kehidupannya apabila beliau sekali diuji dengan suami tercinta Syed Alman Zain Syed Alwi, kembali menghadap Ilahi beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan.

Namun, seberat mana pun ujian yang didatangkan untuknya, ibu kepada tiga anak ini tabah menerima suratan takdir.

Walaupun masih bersedih, sedikit demi sedikit beliau mula faham dan mengerti maksud sebenar ujian dan kehidupan.

Malah, beliau juga berfikiran positif dan menganggap ada hikmah di sebalik kritikan dan kecaman yang diterimanya daripada sebahagian masyarakat.

Ikuti temu bual mStar Online bersama usahawan muda ini yang mahu berkongsi mengenai kisah hidupnya.

TPM, Zahid Hamidi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain