suria

Kitar semula? Rakyat Malaysia Mahu Wang Ganjaran

PETALING JAYA: Hanya kira-kira 3,000 unit daripada berjuta-juta sisa elektronik mudah alih telah dilupuskan melalui kempen kitar semula yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sejak penubuhannya pada lewat 2013 - penyertaan yang sangat rendah daripada orang ramai.

Salah satu sebab utama adalah rakyat Malaysia mengharapkan bayaran apabila mereka hantar barangan buangan untuk dikitar semula.

Ditanya sama ada rakyat Malaysia dididik mengenai kitar semula sisa elektronik, Ketua Pembangunan Teknologi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Badaruzzaman Mat Nor bagaimanapun berkata adalah sukar untuk mengukur tahap kesedaran di kalangan rakyat.

"Berdasarkan maklumat kami setakat ini, terdapat beberapa pihak yang mahu mengambil bahagian manakala terdapat juga mereka yang mengharapkan insentif sebagai balasan.

"Ini menunjukkan kita tidak setanding dengan negara-negara maju apabila bercakap mengenai kempen 'hijau' dan kesedaran kitar semula," kata Badaruzzaman.

Sementara itu Presiden dan Pengasas EcoKnights, Yasmin Rasyid berkata, orang ramai mengharapkan insentif kerana sisa elektronik mengandungi logam yang berharga.

"Ia mengambil masa yang lama untuk mengeluarkannya dan kami tidak akan melakukannya. Saya rasa kitar semula sisa elektronik jika dilakukan dengan betul dan berkesan akan menjadi perniagaan yang menguntungkan kerana bahan buangan itu tidak akan kehabisan," kata beliau.

Kitar semula sisa elektronik mudah alih melibatkan kerja-kerja merungkai peranti kepada beberapa komponen di mana bahan-bahan yang tidak boleh digunakan akan dilupuskan dengan betul manakala yang boleh diguna semula diekstrak untuk mengeluarkan produk baharu.

Proses ini dikenali sebagai perlombongan bandar.

Kitar Semula, SKMM

Artikel Sebelum

Artikel Lain