suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Lelaki Myanmar Dibunuh Kejam

BUKIT MERTAJAM: Tiga lelaki warga Myanmar ditemui dibunuh dengan kejam di sebuah rumah di Lorong Nagasari 1 di sini.

Sementara itu seorang lagi individu yang cedera telah dihantar ke hospital.

Pasukan polis forensik masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Dua daripada mayat ditemui di dalam rumah manakala seorang lagi ditemui di luar.

Umur mangsa belum didedahkan.

Difahamkan penyerang masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu pada kira-kira pukul 6 pagi Isnin sebelum menyerang mangsa.

Rumah ini digunakan sebagai asrama untuk warga asing yang bekerja di kawasan perindustrian Nagasari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain