suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DAP Mungkin Tangguh Pemilihan

KUALA LUMPUR: DAP boleh menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan selewat-lewatnya pada 29 September depan memandangkan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berhadapan tuduhan rasuah.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata sebarang keputusan untuk menangguhkan pemilihan akan dibuat oleh jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) pada mesyuaratnya yang akan datang.

"Kita perlu untuk membincangkan isu ini pada mesyuarat CEC akan datang kerana tempoh semasa (CEC) berakhir pada 29 September tahun ini," kata Loke pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata CEC juga akan membuat keputusan sama ada untuk melanjutkan tempoh pemilihan selama 18 bulan lagi mengikut perlembagaan parti.

Selain itu Loke berkata, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang masih boleh bertanding dan terus berkhidmat kepada parti dalam kapasiti lain kerana beliau sudah menyempurnakan tugasnya sebagai setiausaha agung selama tiga penggal.

Lim didakwa dengan dua tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di Pinhorn Road.

DAP, Lim Guan Eng

Artikel Lain