suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliran Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya mula perlahan sejak 12 tengah hari Isnin.

Plus Malaysia Berhad menerusi laman Twitternya memaklumkan aliran trafik perlahan di Km 277.9 arah utara dari Bandar Ainsdale menuju ke Nilai, berikutan terdapat kemalangan tetapi tiada laluan yang terhalang.

Aliran trafik turut dilaporkan perlahan arah selatan dari Simpang Pulai ke Hentian Sebelah Simpang Pulai dan dari Sungkai ke Slim River disebabkan peningkatan jumlah kenderaan.

Menurut syarikat konsesi lebuh raya itu, aliran trafik dari utara juga mula perlahan dari Changkat Jering menuju ke kawasan mendaki Bukit Berapit.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata, aliran trafik di lebuh raya utama lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih lancar dan terkawal di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. 

Lebuh Raya

Artikel Berikut

Artikel Lain