KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat pukul 11 malam Khamis berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik perlahan di Simpang Ampat ke Hentian Sebelah Senawang ke persimpangan Port Dickson. Sementara itu, Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, trafik bergerak perlahan di Ayer Keroh ke Pedas Linggi. "Selain itu, trafik juga dilaporkan perlahan dari Sungai Petani Selatan menuju ke Bertam disebabkan jumlah trafik tinggi," katanya. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini trafik menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama