suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurujual Maut Jatuh Tingkat Empat Kompleks Beli-Belah

KUALA LUMPUR: Seorang jurujual wanita maut jatuh dari tingkat empat sebuah kompleks membeli-belah di Jalan Imbi, Bukit Bintang di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, wanita berusia 26 tahun itu ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan kompleks membeli-belah pada kira-kira pukul 2 petang.

Beliau berkata, ambulans dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

"Paramedik mengesahkan wanita berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Seorang ahli keluarga memberitahu mangsa mengalami gangguan mental sejak berusia tiga tahun.

"Dia pernah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang," ujar Zainol.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Lain