suria

Remaja Buat Persiapan Raya Tersepit Jari Dalam Pelita

Jari seorang remaja lelaki tersepit di dalam pelita. Foto twitter @bombaJBPM

KUANTAN: Keasyikan seorang remaja lelaki memasang pelita bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri menjadi pengalaman buruk apabila sebatang jarinya tersepit di dalam pelita.

Pegawai Bomba Kanan Dua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Haznan Basir berkata, kejadian berlaku semasa mangsa yang berusia 17 tahun itu membuat persiapan hari raya di rumahnya di Kampung Sum-Sum di Janda Baik, Bentong dekat sini, Isnin.

"Kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa cuba mengorek keluar beberapa sumbu pelita yang tersumbat di bahagian dalam pelita. 

"Bagaimanapun semasa mengorek pelita yang keempat, jarinya tersepit dan tidak dapat dikeluarkan kerana jarinya sudah bengkak," katanya kepada pemberita di sini, Selasa. 

Haznan menambah bapa saudara mangsa membawa remaja itu ke balai bomba Bentong pada pukul 9.30 malam dan mereka menggunakan pemotong kecil untuk memotong pelita itu sebelum mangsa dirawat ekoran mengalami luka di jari berkenaan. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain