suria

IS Isytihar Perang Terhadap Malaysia, Indonesia

PETALING JAYA: Seorang lelaki dewasa memegang senjata sambil dikelilingi oleh kumpulan kanak-kanak dan seorang remaja yang berdiri berhampiran kumpulan itu dilihat memegang senapang AK-47.

Lelaki itu bercakap dalam bahasa campuran yang kedengaran seperti bahasa Melayu dan bahasa Arab.

Dia mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana telah 'mempermudahkan perjalanan dan jihad kami' dan kerana melantik mereka sebagai 'tentera-tentera Tauhid'.

Lelaki itu telah membuat seruan terhadap pihak berkuasa nusantara, terutama di Malaysia dan Indonesia.

"Ketahuilah ini...kami bukan lagi rakyat anda, dan telah membebaskan diri daripada anda," katanya sambil kamera menunjukkan seorang lelaki berdekatan memegang satu lagi pasport Malaysia.

"Dengan izin dan bantuan-Nya, kami akan datang kepada kamu dengan kuasa ketenteraan yang tidak boleh anda atasi.

"Ini adalah janji Allah kepada kami," katanya.

Ini adalah salah satu sedutan rakaman yang dilihat dalam salah satu klip video yang dikeluarkan oleh IS.

Lelaki itu juga merujuk kepada menjatuhkan kerajaan dan pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut prinsip Islam untuk memberi laluan kepada Islam sebagai keutamaan.

Tidak lama kemudian, dia melemparkan pasportnya ke tengah-tengah bulatan, dan perbuatannya itu diikuti oleh kanak-kanak di situ.

Seorang budak lelaki melangkah ke hadapan bersama pemetik api di tangan dan membaca Bismillah sebelum membakar sekeping kertas putih yang dilipat.

Dia kemudian meletakkan kertas itu bersama dokumen yang dikumpul bertimbun, di mana ia disambut dengan sorakan dan nyanyian.

Adegan itu kemudian bergerak ke sebuah bilik darjah, yang menyaksikan kanak-kanak memakai songkok sedang membaca sesuatu semasa pelajaran agama sambil diawasi oleh orang dewasa yang menjalani latihan tempur di bawah pemerhatian yang lain.

Mereka juga melalui sesi pembelajaran di luar.

Dalam satu lagi klip di kawasan berpasir yang dikelilingi oleh pokok-pokok, kanak-kanak berdiri dalam barisan untuk mereka melepaskan tembakan menggunakan pistol separa automatik.

militan IS, serang Malaysia

Artikel Lain