suria

Jenazah Enam Sekeluarga Selamat Dikebumikan

Jenazah enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan di Kilometer 11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi Isnin dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Masjid Al Fuqan dekat Kubang Badak pada Isnin. Foto Bernama

KOTA BARU: Jenazah enam daripada tujuh sekeluarga yang maut dalam kemalangan di KM 11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang awal pagi Isnin, selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Furqan, Kubang Badak, Kedai Lalat, di sini.

Enam jenazah tersebut ialah Munira Ahmad Latfi, 29, anaknya Rifqi Norazmi, satu bulan dan Raidatul Syazwina Norazmi, 4, kembar kepada Munira iaitu Mursyida, 29, suaminya, Mohammad Amin Firdaus Zakaria, 29, dan anak mereka Nurhana Jannati, 5.

Jenazah suami kepada Munira iaitu Norazmi Mahat, 37, dikebumikan di kampung halamannya di Seremban.

Enam jenazah tersebut, yang dibawa dengan kereta jenazah dari Hospital Gua Musang, tiba di rumah keluarganya pada pukul 5 petang untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan pada pukul 6.30 petang.

Dalam kejadian 1.20 pagi tersebut, tujuh sekeluarga maut dan seorang cedera parah manakala tujuh lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan.

Keluarga terbabit yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang menyambut Aidilfitri di Kampung Kedai Lalat di sini. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Reman Sanjeevan Dilanjut

Artikel Lain