suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IS Rancang Lebih Banyak Serangan Di Malaysia Selepas Insiden Movida - KPN

KUALA LUMPUR: Kelab malam Movida menjadi sasaran IS kerana ia dianggap sebagai sesuatu yang "tidak Islamik", kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara berkata, pengeboman itu yang pertama kali dilakukan IS di Malaysia hanya merupakan langkah permulaan bagi siri serangan yang dirancang kumpulan militan tersebut.

"Dua lelaki yang melakukan serangan itu turut menyasarkan pemimpin kanan kerajaan, pemimpin kanan PDRM (Polis DiRaja Malaysia) dan hakim-hakim kerana mereka merasakan kumpulan ini menghalang kegiatan mereka.

"Mereka menerima arahan daripada anggota militan IS, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi dari Syria, bagi melancarkan serangan," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Isnin.


Movida, IS

Artikel Lain