suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trafik Lebuh Raya Lancar Setakat 6 Petang

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat 6 petang Ahad.

Jurucakap Plus Malaysia Berhad berkata aliran trafik arah ke utara lancar, namun bagi arah selatan, trafik agak perlahan dari Simpang Renggam ke Sedenak berikutan berlaku kemalangan kecil di Km 50.9.

"Tiada lorong yang terhalang dan kenderaan yang mengalami kemalangan sudah dialihkan," katanya kepada Bernama dan menambah laluan menuju ibu negara juga lancar.

Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan trafik di Lebuhraya Pantai Timur turut bergerak lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Plus, LLM, Aidilfitri

Artikel Lain