suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliran Trafik Keluar Dari Ibu Negara Terkawal Setakat 10 Pagi

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Aliran trafik keluar dari ibu negara masih dalam keadaan terkawal setakat 10 pagi walaupun di beberapa kawasan kenderaan mulai bergerak perlahan.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata trafik menghala ke Pantai Timur sedikit perlahan di terowong Genting Sempah dan di sekitar Bukit Tinggi ke Plaza Tol Bentong.

Trafik ke arah utara mulai perlahan dari Slim River menuju ke Sungkai manakala trafik ke arah selatan tanah air dilaporkan lancar pagi ini.

Beliau berkata kenderaan dijangka mulai bertambah secara berperingkat disebabkan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung awal sebelum sambutan Aidilfitri beberapa hari lagi.

Bagi maklumat trafik terkini, orang ramai boleh menghubungi talian bebas LLM di 1800-88-7752 atau PLUS di 1800-88-0000, atau melayari laman Twitter www.twitter.com/llminfotrafik atau www.twitter.com/plustrafik.
aliran trafik, LLM, pulang beraya

Artikel Lain