suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rundingan MAHB Dan AirAsia Perlu Disegerakan - Liow

Tiong Lai (tengah) ceria ketika sesi bergambar selepas melancarkan versi Bahasa Cina Malaysia Book of Recordx di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto:Bernama

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dan AirAsia Berhad (AirAsia) menyelesaikan segera isu pemasangan pagar di sekeliling bangunan ibu pejabat syarikat penerbangan itu di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT).

Beliau berkata kedua-dua pihak perlu mengadakan rundingan secara baik.

"Saya merasakan permasalahan ini mungkin ada kaitan dengan 'perjanjian sewaan" di antara AirAsia dan MAHB yang perlu diselesaikan secepat mungkin kerana kita maklum bahawa AirAsia mempunyai ibu pejabatnya di klia2 (LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2) namun masih belum siap kerana berlaku kelewatan.

"Tetapi tempoh 'perjanjian sewaan' itu telah pun tamat, oleh itu mereka (AirAsia) perlu menyambung perjanjian sewaan bersama MAHB," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Book of Records dalam versi bahasa Mandarin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, Sabtu.

Beliau berkata rundingan yang akan diadakan oleh kedua-dua pihak dalam masater dekat ini akan turut membincangkan perkara lain termasuk kerja mempromosi klia2 sebagai pusat penerbangan kos rendah di Asia.

Dilaporkan tindakan MAHB memasang pagar di sekeliling ibu pejabat AirAsia di LCCT bagi pelaksanaan projek Aeropolis telah menimbulkan kesukaran kepada kakitangan AirAsia untuk keluar masuk di laluan itu, selain urusan penghantaran barang-barang.

Sementara itu, ketika dihubungi Bernama baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aireen Omar mengakui MAHB ada memberi notis penutupan laluan bagi pelaksanaan projek tersebut namun pihaknya tidak diberitahu bahawa penutupan itu akan menyekat keseluruhan laluan dari LCCT ke ibu pejabat AirAsia. -Bernama

MAHB, AirAsia

Artikel Berikut

Artikel Lain