suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbabas: Lapan Penumpang, Pemandu Bas Ekspres Selamat

SEREMBAN: Lapan penumpang serta seorang pemandu sebuah bas ekspres terselamat selepas terbabas dalam satu kejadian di Kilometer 266 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berdekatan Rembau, Sabtu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Rembau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.45 petang dan tiba di lokasi kejadian 30 minit kemudian dengan kekuatan tujuh orang anggota.

"Kemalangan adalah melibatkan sebuah bas SKS KL yang terbabas dan masuk ke dalam gaung sedalam 46 meter. Namun semua mangsa selamat keluar sebelum kita sampai.

Mangsa adalah seramai sembilan orang termasuk pemandu disahkan selamat.

Kesemua mangsa bagaimana pun dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut," katanya.-- Bernama

PLUS, Rembau, SKS KL

Artikel Lain