suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dibunuh Kerana Pikat Kekasih Orang

Tan Chuen Take
JOHOR BAHARU: Seorang jurutera sebuah syarikat cari gali minyak dibunuh kerana dikatakan cuba memikat seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki.

Mayat mangsa ditemui ditanam di kawasan belukar di Km 25.9 Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura di sini petang Jumaat.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata mangsa Tan Chuen Take, 31, yang bekerja di Singapura sebelum itu dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Dato Chellam di sini sejak 26 Jun lalu yang dipercayai diculik sepasang kekasih.

Menurut beliau, pihak polis kemudiannya menahan pasangan berkenaan yang merupakan warga tempatan dan berusia 22 dan 32 tahun di sebuah rumah di Taman Indahpura, Kulai pagi semalam.

"Hasil siasatan dan dipandu arah oleh seorang suspek membawa polis kepada lokasi mangsa ditanam selepas dibunuh dan dilarikan pasangan berkenaan.

"Siasatan awal mendapati motif penculikan dan pembunuhan adalah kerana perasaan dendam dan cemburu," katanya.

Wan Ahmad Najmuddin berkata kedua-dua pasangan itu direman hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan untuk disiasat mengikut Seksyen 363 dan 302 kanun yang sama.

Artikel Sebelum

Artikel Lain