suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PTPTN Siasat Isu Peminjam Bayar Penuh Disekat Ke Luar Negara

PUTRAJAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih menjalankan siasatan lanjut berhubung isu peminjam Safura Foo yang disekat ke luar negara walaupun sudah membuat bayaran penuh.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama, PTPTN berkata ia masih dalam proses mengenalpasti punca kelewatan kemaskini rekod bayaran Foo.

Sebelum itu media melaporkan bahawa Foo, bekas pelajar bidang fotografi dari Segi College, Subang Jaya telah membuat bayaran penuh RM18,449.35 pada Mac tahun lepas.

Namun beliau disekat ke luar negara oleh Jabatan Imigresen kerana namanya masih dalam senarai hitam jabatan itu pada Mei lalu kerana dikatakan masih mempunyai tunggakan pinjaman PTPTN lebih RM3,000.

Dalam pada itu, PTPTN menyarankan agar pelanggan menyemak penyata akaun mereka secara online bagi memastikan bayaran yang dibuat sentiasa dikemaskini.

"Sekiranya transaksi yang dibuat masih belum dikemaskini selepas 3 hari bekerja, aduan boleh dibuat secara online melalui ikon Aduan," kata PTPTN.

Perbadanan itu berkata, ia sentiasa berusaha mengurangkan kerenah birokrasi dengan membuka cawangan di seluruh negara.

PTPTN juga menyediakan perkhidmatan online melalui portal rasmi PTPTN, www.ptptn.gov.my

Artikel Lain