suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letupan Bukan Perbuatan Keganasan - Polis

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan.

SERDANG: Letupan di sebuah pusat hiburan di IOI Boulevard yang menyebabkan lapan cedera bukan berpunca daripada perbuatan keganasan, kata polis.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata polis sedang menyiasat sama ada serangan itu didorong persaingan perniagaan, dendam atau jika suspek mensasarkan individu tertentu di dalam premis tersebut.

Katanya kes itu sedang disiasat sebagai cubaan membunuh.

Difahamkan pengunjung di premis tersebut sedang leka menonton perlawanan kelompok 16 pasukan terbaik antara Itali dan Sepanyol ketika letupan berlaku kira-kira pukul 2.15 pagi Selasa.

Abdul Rahim mengesahkan letupan itu disebabkan bom buatan sendiri.

Empat lelaki dan empat wanita termasuk seorang pelancong China dihantar ke Hospital Serdang dan Hospital Sunway untuk mendapatkan rawatan.



letupan, pusat hiburan

Artikel Lain