suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suri Rumah Ditemukan Mati Dibunuh

TAIPING: Seorang suri rumah ditemukan mati dalam keadaan diikat dengan tali tape di rumah kosong milik mangsa di Taman Kota Jaya, Simpang di sini Isnin.

Si mati ditemukan dalam keadaan terikat di kaki, tangan dan mulut oleh anggota keluarganya kira-kira pukul 4 petang tadi.

Anak perempuan mangsa, seorang pelajar sekolah, berkata dia menemui mayat ibunya di sebuah rumah sewa kosong berdekatan rumah mereka di kawasan perumahan itu.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata kejadian dipercayai berlaku pukul 3 petang dan hasil siasatan mendapati terdapat kesan lebam dan pendarahan di bahagian kepala mangsa.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

"Motif pembunuhan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Lain