suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Lelaki Hilang Ditemukan Terapung Di Perairan Tanjung Batu

SANDAKAN: Mayat seorang lelaki warga Filipina yang dilaporkan hilang di kawasan perairan Tanjung Batu di sini semalam, ditemukan, Isnin.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 17 Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abdul Majid berkata mayat Asmara Marajal, 30, ditemui terapung tiga batu nautika dari perairan Tanjung Batu oleh nelayan pada 11 pagi tadi.

Beliau berkata mayat Asmara kemudian dibawa oleh pasukan bomba ke Kampung Tanjung Batu dan diserahkan kepada waris mangsa.

"Mangsa keluar ke laut untuk memancing dan dilaporkan hilang selepas botnya ditemui terbalik oleh nelayan kira-kira 12 tengah hari, semalam," katanya di sini.

Beliau berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada 3.30 petang semalam, yang turut dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Pertahanan Awam.


Mohd Khairulanuar berkata operasi SAR ditangguh pada 6 petang semalam, berikutan keadaan semakin gelap dan disambung semula 6 pagi tadi.

mati lemas, APMM, mayat terapung

Artikel Lain