suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barang Kemas Disamun Empat Lelaki, Wanita Rugi RM9,000

GURUN: Seorang wanita kerugian kira-kira RM9,000 selepas barang kemas yang dipakainya disamun sekumpulan empat lelaki menaiki dua motosikal ketika mangsa berada di hadapan rumah jirannya, di Taman Murni, di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata antara barang milik mangsa berusia 49 tahun itu, yang dilarikan termasuklah dua bentuk cincin emas, seutas rantai tangan emas dan seutas rantai leher emas.

"Kejadian berlaku pada 9.30 pagi ketika mangsa yang berada di hadapan rumah jirannya dihampiri lelaki terbabit dan seorang daripada suspek bertindak mengacukan parang ke arah mangsa sambil mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemasnya.

"Semasa mangsa cuba mengelak, dia terjatuh di atas jalan dan suspek menarik barang kemas dipakai mangsa, menyebabkan mangsa cedera ringan di jari kanannya akibat terkena parang," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Md Zukir berkata sewaktu kejadian, anak lelaki dan suami mangsa cuba  menghampiri untuk membantu mangsa namun diugut suspek sambil membaling pasu bunga, yang kemudiannya melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

samun, barang kemas

Artikel Lain