suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesara Polis Temui Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat

SANDAKAN: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dilapik dengan kain tudung sutera warna kuning ditemui di kebun milik seorang pesara polis di Batu 32, Jalan Labuk di sini Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Md Zain berkata lelaki berusia 64 tahun itu pada mulanya terdengar tangisan bayi di luar rumahnya pada pukul 9 malam.

Menurutnya apabila lelaki itu keluar dari rumah untuk mencari suara bayi itu, beliau ternampak anjing peliharaannya sedang mengonggong sesuatu.

"Lelaki itu melihat secara dekat tempat di mana anjing tersebut meninggalkan benda yang digongongnya dan mendapati seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dan beruri yang dilapis dengan kain tudung sutera kuning,"katanya.

Beliau berkata pesara tersebut terus membawa bayi itu ke Hospital Beluran yang kemudian ditempatkan di Wad Kanak-kanak. -Bernama

Bayi lelaki, kebun, pesara polis

Artikel Lain