suria

Brexit: Pound Susut Mungkin Tak Manfaatkan Pelancong Ke UK - Matta

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menempah percutian ke Britain berikutan penyusutan mendadak mata wang pound selepas keputusan Britain keluar dari Kesatuan Union (EU) atau Brexit, mungkin berasa kecewa.

Menurut Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), orang ramai tidak seharusnya  beranggapan bahawa mereka akan membayar lebih rendah dengan menempah tiket penerbangan ketika ini.

Pengerusi Matta Selangor, Akil Yusof berkata, harga tikeu bagi November dan Disember mungkin tidak termasuk caj bahan api atau cukai lapangan terbang.

Kesemua caj ini akan dikenakan apabila tempahan tiket dibuat, kebiasaannya sebulan sebelum perjalanan, ia akan naik atau turun bergantung kepada nilai ringgit.

Beliau berkata, terdapat juga kes pada 2014 dan 2015 di mana caj-caj ini adalah bersamaan atau lebih daripada kos tiket.

"Jadim penumpang yang mendapatkan tiket dengan kos RM2,000 hari ini mungkin perlu membayar sekali ganda," katanya.

Beliau menegaskan bahawa kos penginapan, lokasi tumpuan, makanan dan perjalanan dalam negeri turut bergantung kepada nilai ringgit kepada pound, yang susut kepada RM5.46 apabila Britain mengundi untuk Brexit sebelum ia meningkat kepada kira-kira 5.60 pada Sabtu.

"Empat syarikat pengembaraan membuat tempahan tempat duduk lebih awal daripada syarikat penerbangan turut berdepan dengan ketidaktentuan itu," kata Akil, sambil menambah bahawa mereka berdepan dengan risiko kehilangan deposit sekiranya mereka tidak memenuhi jumlah kerusi tersebut.

Tegasnya, kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan Britain untuk masuk dan keluar Eropah, tetapi kemudahan perjalanan ini mungkin berkurangan apabila sesebuah negara itu secara rasmi keluar dari EU dalam tempoh dua tahun.

"UK memilih Brexit kerana mereka mahu menjamin sempadan mereka dan EU boleh mengenakan visa yang mana rakyat Malaysia mungkin perlu membayar untuk mendapatkannya," katanya.

Matta, Brexit

Artikel Lain