suria

Tak Perlu Namakan Semula KLIA2 - Tiong Lai

PETALING JAYA: Tiada keperluan untuk menukar nama KLIA2, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Dalam Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, KLIA2 didaftarkan sebagai sebahagian daripada kod rasmi KLIA, iaitu 'KUL. Ia sama ada tidak perlu, tidak praktikal dan tidak tepat untuk menamakan semula KLIA2. Nama ini tidak boleh ditukar demi perubahan.

"Tambahan pula, jenama KLIA2 telah digunakan sejak penubuhannya, yang kini menjangkau dua tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Tiong Lai, kedua-dua KLIA dan KLIA2 serta KLIA Aeropolis yang akan datang adalah amat penting untuk membangunkan sebagao sistem hab bersepadu KLIA yangkompetitif.

"Semua pihak dalam sektor penerbangan perlu bekerjasama dan bekerja bersama-sama demi kepentingan Malaysia dan semua rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan mengakui hasrat AirAsia untuk menjenamakan KLIA2 sebagai terminal tambang rendah sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk membawa masuk lebih ramai pelancong ke Malaysia.

"Kita terbuka untuk mendengar cadangan daripada mereka yang mungkin meletakkan KLIA2 di peringkat antarabangsa sebagai peneraju terminal tambang rendah bagi merangsang industri pelancongan dan penerbangan negara.

"Sesungguhnya kita (kerajaan) komited untuk terus menyokong dan memberikan insentif dengan menggalakkan pertumbuhan sektor syarikat penerbangan tambang rendah di Malaysia," katanya.

Pada Selasa lalu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar berkata, kumpulan itu akan memulakan kempen penjenamaan semula untuk menamakan semula segala yang boleh sebagai LCCT2, dari bahan-bahan promosi ke laman webnya termasuk tiket dan perkhidmatan teksi.

Menurut Aireen, cadangan itu mungkin bertentangan dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sebagai tuan rumah yang telah pun tidak bersetuju dengan rancangan tersebut pada minggu lalu.

AirAsia terpaksa memindahkan operasinya dari LCCT ke KLIA2 pada 2014, walaupun ia mendakwa bangunan baharu itu bermasalah dari aspek pembinaan dan keselamatan.

Sejak itu, Aireen mendakwa pertumbuhan syarikat penerbangan itu terbantut kerana reka bentuk lapangan terbang dan sistem daftar masuk tidak membenarkan ia menampung jumlah penumpang yang lebih besar.

Artikel Lain