suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengeluaran Sijil Nikah Diperketat Susulan Kes Palsu

Ahmad Razif Abdul Rahman.

KUALA NERUS: Kerajaan negeri Terengganu akan mengambil langkah untuk memperketat prosedur pengeluaran sijil nikah di negeri ini bagi mengelak berulangnya pengeluaran sijil nikah palsu.

Sambil menegaskan kerajaan negeri tidak bertolak ansur dengan jenayah pemalsuan sijil nikah, Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pasangan yang mendapatkan sijil nikah palsu diminta menyerahkannya kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan memohon dokumen sah.

"Selepas ini, kita akan lebih berhati-hati dan memastikan proses mengeluarkan sijil nikah dibuat dengan lebih teliti dan ketat. Kita mahu pastikan semua prosedur diikuti, tanpa ada unsur penipuan yang mencurigakan. 

"Ia bukan tentang sijil nikah sahaja, tetapi semua aspek termasuk permohonan mendapatkan pekerjaan di mana kita akan pastikan sijil-sijil yang dikemukakan diteliti sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penyampaian baucer Dana Raya Dewan Undangan Negeri Seberang Takir di sini, Rabu.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai sindiket pengeluaran sijil dan kad akuan nikah palsu di negeri ini yang didalangi tiga penjawat awam termasuk seorang pegawai JHEAT. - Bernama

Artikel Lain