suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penganggur Ditahan Sorok Dadah Dalam Seluar

Gambar hiasan.

DUNGUN: Seorang individu didapati menyorok sejumlah dadah yang bernilai RM7,050 di dalam uncang yang masukkan di dalam seluarnya pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata, di dalam uncang itu terdapat 470 biji pil yang disyaki pil kuda yang 200 biji daripadanya diletakkan di dalam satu paket manakala selebihnya dibungkus di dalam tiga paket yang berangkai.

Beliau berkata, uncang itu ditemui ketika penganggur berusia 28 tahun tersebut diberkas ketika menunggu pelanggannya di tepi Pantai Kampung Cacar, Paka.

Katanya, suspek yang berasal dari Felda Kerteh 5 dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Ketengah Jaya dan Paka. 

Beliau berkata, suspek didapati mempunyai empat rekod lampau atas kesalahan dadah. - Bernama

Artikel Lain