Budak Empat Tahun Maut Digilis Kereta Ibu - Semasa | mStar

Budak Empat Tahun Maut Digilis Kereta Ibu

Gambar hiasan

BALIK PULAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas digilis tayar kereta ibunya yang mengundur di Kampung Paya, Teluk Kumbar di sini, Selasa malam.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, Chu Jie Lie meninggal dunia sebaik tiba di unit kecemasan Hospital Balik Pulau (HBP) selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fah Hin berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa berada dalam kereta berkenaan bersama kakaknya berusia enam tahun dengan enjin kenderaan itu tidak dimatikan.

"Ketika itu, ibu mereka tiada dalam kereta berkenaan dan dipercayai masuk ke dalam rumah mereka untuk mengambil barang, dan mangsa menolak gear pada kedudukan mengundur membuatkan kereta terbabit bergerak.

"Kanak-kanak itu yang panik membuka pintu dan terjun keluar daripada kereta sebelum dia digilis tayar kenderaan berkenaan," katanya di sini, Rabu.

Lai berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah terus dibawa ke HBP oleh ibunya sebelum disahkan meninggal dunia.

"Siasatan lanjut kes itu masih dijalankan dan polis belum dapat mengambil keterangan daripada ibu mangsa kerana wanita itu masih dalam keadaan trauma," katanya.

Sementara itu, Lai berkata seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori Pos Laju di Jalan Bayan Lepas-Teluk Kumbar, di sini malam tadi.

Katanya dalam kemalangan kira-kira 8 malam itu, Daud Maidin D. Abdul Gaffor, 58, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke HBP.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa dari arah Bayan Lepas menghala Teluk Kumbar dan ketika melalui satu selekoh, penunggang berkenaan cuba memotong deretan kenderaan sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan," katanya.

Balik Pulau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain