suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

OKU Tanpa Tangan Gigih Berdikari

KLUANG: Ketika kebanyakan Orang Kurang Upaya (OKU) mengharapkan sumbangan dan bantuan, Muhammad Safar membuktikan kekurangan dirinya bukan alasan untuk berdikari.

Pemuda berusia 22 tahun yang dilahirkan tanpa tangan dan mengalami masalah pertuturan ini sebaliknya telah memulakan perniagaan bungkusan produk yang dihasilkan ahli keluarganya.

Kaki yang dimilikinya bukan sahaja untuk berjalan, malahan Muhammad menggunakannya untuk menulis, mandi dan memakai pakaian.

Kakaknya, Norazlia Safar, 31, berkata, sejak menamatkan sekolah dua tahun lalu, adiknya tiu terlibat dalam perniagaan itu untuk mencari rezeki.

"Ibu yang mencetuskan idea ini dan dia mula membuat maruku, ketupat mini segera, serunding, kerisik dan sambal belimbing buluh untuk jualan Ramadan dan bahagian bungkusan diserahkan kepada Muhammad.

"Bagi saya dan tiga saudara lain, peranan kami adalah untuk memasarkan produk, mengambil tempahan di kalangan pelanggan atas talian serta membuat penghantaran kepada pelanggan berdekatan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Parit Haji Hashim di sini.

Norazlia yang juga seorang surirumah berkata, melalui perniagaan itu, ia dapat memberi semangat kepada Muhammad bahawa golongan OKU juga boleh berjalan dalam bidang itu.

"Muhammad juga membantu meletakkan pelekat pada bungkusan maruku dan risalah pada bungkusan ketupan mini segera.

"Dia boleh memasukkan sehingga 100 risalah dalam bungkusan sepanjang bekerja antara 9 pagi hingga 5 petang , tetapi ada kalanya dia kepenatan kerana duduk terlalu lama," katanya.

Tambah beliau, jika maklumbalas yang diperoleh baik, mereka akan meneruskan perniagaan itu selagi ada permintaan, selain meninjau bidang lain untuk melibatkan Muhammad dalam jangka masa panjang.

"Setakat ini maklum balas yang diterima adalah baik di kalangan keluarga dan rakan yang membantu mempromosi produk yang dihasilkan menerusi media sosial," katanya.

OKU, maruku, Kluang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain