suria

Ahli Politik Miri Mati Ditembak

Anggota polis sedang berkawal di lokasi kejadian tembakan yang menyebabkan seorang ahli politik terkorban.

MIRI:  Setiausaha PKR Bahagian Miri, Bill Kayong mati ditembak di Kuala Baram pagi Selasa.

Timbalan Ketua Polis Miri, Supt Stanley Johanthan Ringgit mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan sedang dijalankan.

Dilaporkan terdapat kesan tembakan pada cermin tempat duduk pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai milik Kayong dengan kesan kecederaan di muka dan leher.

Beliau yang juga calon PKR di kawasan Bekenu pada pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei lalu dikatakan ditembak semasa berhenti di lampu isyarat berhampiran pasar raya E-mart.

Kayong,43, tewas dalam pilihan raya negeri itu kepada calon Barisan Nasional (BN) Rosey Yunus.

Kematian Kayong ini mengejutkan seluruh negeri.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata, beliau amat terkejut dengan berita tembakan ini dan meminta semua ahlinya supaya bertenang dan menyerah kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

Bill Kayong, Miri, PKR

Artikel Sebelum

Artikel Lain