suria

67 Individu Ditahan Terbabit Judi Euro 2016

KUALA LUMPUR: Sejak Ops Soga dilaksanakan pada 1 Jun lepas, kira-kira 67 individu ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian sempena Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2016 yang kini sedang berlangsung.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang ditahan beroperasi secara persendirian dan beberapa kumpulan kecil.

"Kita turut membongkar satu kumpulan yang teratur yang terlibat dalamperjudian ini," katanya kepada pemberita namun enggan mengulas lanjut mengenai pembongkaran tersebut.

Ops Soga akan tamat sehingga kejohanan Euro 2016 berakhir pada 10 Julai ini.

Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata, di antara 1 Jun dan 19 Jun, sebanyak 143 serbuan telah dilakukan yang membawa kepada penangkapan seramai 67 orang termasuk empat orang wanita.

Kebanyakan tangkapan dibuat di Johor dan Kuala Lumpur dengan 16 dan 14 setiap satu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, sepasukan pegawai dan anggota D7 Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) telah mengadakan serbuan dan pemeriksaan di beberapa lokasi iaitu Johor Jaya, Seri Alam, Bukit Indah dan Iskandar Puteri, Johor.

Sementara itu, mengenai serbuan di Pulau Pinang, Roslee memberitahu, pemeriksaan dijalankan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kedah, George Town dan menahan seorang lelaki berusia 53 tahun.

Ujarnya, ketika ditahan, pihaknya turut menemukan sejumlah wang tunai bernilai RM600 dan sebuah iPad mengandungi jadual perlawanan bola sepak serta jumlah pertaruhan yang dibuat.

Sindiket yang beroperasi secara dalam talian dengan menawarkan pertaruhan serendah RM500 hingga RM5,000 daripada 'bookie' atau ejen yang menjalani sindiket ini.

Judi Euro 201, ops saga

Artikel Lain