suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

35 Amaran Kepada Peniaga Bazar Ramadan Di Johor

JOHOR BARU: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Johor mengeluarkan 35 amaran terhadap peniaga bazar Ramadan sepanjang tempoh dua minggu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata ia membabitkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 terutama berkaitan tidak mempamer harga barangan.

"Sebanyak 4,310 pemeriksaan dilakukan sejak 6 Jun hingga Jumaat lepas," katanya kepada pemberita semasa meninjau Bazar Ramadan Taman Perling di sini Ahad.

Hadir sama dalam Ops Bazar Ramadan itu ialah Pengarah PPDNKK Johor, Nor Nekman Jaimon dan Pengerusi Persatuan Penggerak Pengguna Johor, Abdul Majid Kayat.

Tee berkata pemeriksaan juga bagi memastikan peniaga tidak mengambil untung  berlebihan.

Beliau berkata keseluruhan terdapat 191 bazar Ramadan di negeri ini tahun ini berbanding 171 bazar tahun lepas, namun tahun lepas tiada sebarang kes dikesan. - BERNAMA

peniaga, bazar Ramadan

Artikel Lain