suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sistem Kad Laporan Pelajar Ditambah Baik - Mahdzir

KUALA NERANG: Kementerian Pendidikan akan melakukan penambahbaikan pada sistem kad laporan berkaitan prestasi pencapaian akademik bagi mengurangkan jurang perbezaan antara pelajar bandar dan luar bandar.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia bertujuan bagi mempertingkatkan pencapaian pelajar luar bandar yang sebelum ini kurang memuaskan agar setanding dengan pelajar sekolah di bandar.

"Jika kita lihat graf pencapaian akademik pelajar sekolah luar bandar masih rendah dan kementerian perlu menambahbaik sistem kad laporan dari semasa ke semasa yang mampu meningkatkan prestasi sekolah luar bandar.

"Kita ada 134 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan mereka melakukan pelbagai insentif seperti menyampaikan hadiah kepada pelajar dan sekolah yang menunjukkan prestasi baik," katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada golongan tidak berkemampuan dalam Parlimen Padang Terap di sini, Ahad.

Beliau berkata pihaknya juga mahu persaingan gender antara pelajar lelaki dan perempuan dapat dilakukan, kerana pada masa ini pelajar perempuan menunjukkan prestasi cemerlang berbanding pelajar lelaki.

Mahdzir berkata pihaknya turut meminta setiap PPD memberi laporan berkaitan kedudukan sekolah di bawah seliaan mereka bagi memastikan setiap masalah yang dihadapi sekolah itu dapat diatasi dengan segera.

"Keputusan UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) contohnya, sekolah mana yang mendapat prestasi lebih baik daripada sekolah lain dan kita dapat lakukan sesuatu kepada sekolah yang berprestasi rendah dalam tempoh tertentu," katanya.

Sementara itu, beliau dalam ucapannya menyatakan hasrat mahu menjadikan semua sekolah di negeri ini, diadakan dalam satu sesi iaitu sesi pagi  berbanding pada masa ini yang berlangsung dua sesi, pagi dan petang.

"Kekurangan sekolah menengah dan pelajar terlalu ramai menyebabkan ada sekolah terpaksa adakan dua sesi, pagi dan petang. Kementerian akan menambah sekolah menengah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian tempat," katanya.

Kad Laporan Pelajar

Artikel Lain