suria

Hampir 1,000 Hadir Majlis Berbuka Puasa Anjuran Zahid, Isteri

PUTRAJAYA: Hampir 1,000 tetamu menghadiri Program Penerapan Nilai-nilai Murni Pada Bulan Ramadan serta majlis berbuka puasa anjuran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis di kediaman rasminya Sri Satria, di sini.

Antara yang hadir ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan; Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Turut hadir ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi yang baharu memenangi kerusi itu dalam pilihan raya kecil semalam serta sahabat-sahabat politik Ahmad Zahid.

Pada majlis itu Ahmad Zahid dan isteri turut menyampaikan sumbangan kepada 158 anak yatim dari empat rumah kebajikan.

Selepas berbuka puasa, Ahmad Zahid dan isteri serta tetamu menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih.

Zahid Hamidi, Buka Puasa

Artikel Lain