suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mastura Boleh Keluar Mengundi - Mufti Perak

KUALA KANGSAR: Datin Mastura Mohd Yazid boleh melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar pada 18 Jun ini, kata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Bagaimanapun beliau berkata calon Barisan Nasional itu perlu menjaga adab, mematuhi etika berpakaian yang bersesuaian dan tidak terlalu menonjolkan diri kepada khalayak ramai.

"Mastura boleh keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawabnya itu," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Mastura, 55, dalam sidang media di kediamannya hari ini berkata beliau akan merujuk kepada pakar agama sebelum memutuskan untuk hadir atau tidak ke pusat pengundian di SK Raja Perempuan Muzwin pada hari pengundian PRK itu.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga suami Mastura, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Ia menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.

Artikel Lain