suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nancy Nafi Tidak Akan Hadir Di Parlimen Semasa Pembentangan RUU Syariah

SEREMBAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menafikan bahawa beliau tidak akan hadir di Parlimen semasa pembentangan  Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah.

Beliau menegaskan beliau tidak pernah menyebut mengenai perkara itu seperti yang dilaporkan.

"Saya tidak ada apabila mereka membentangkan bagi kali pertama kerana saya menghadiri mesyuarat lain. Saya tidak pernah kata saya tidak akan hadir di Parlimen.

"Saya kata saya tidak ada apabila mereka membentangkan rang undang-undang itu. Saya tidak tahu apa yang mereka katakan. Tapi ia menjadi viral di media dengan mengatakan saya perlu hadir," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Persidangan Dwitahunan Young Women Christian Association di sini, Sabtu.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong mengulas mengenai laporan portal berita kononnya bahawa beliau tidak akan hadir di Parlimen semasa pembentangan RUU berkenaan.

Artikel Lain